Senin, 30 Desember 2013

Saifuddin Abdullah Dilantik CEO Global Movement


KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Movement of Moderates Foundation.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, pelantikan itu sebahagian daripada proses pengukuhan dan mempertingkatkan usaha berterusan organisasi itu dalam mempromosikan kesederhanaan di dalam dan luar negara.

“Beliau (Saifuddin) dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai CEO Global Movement of Moderates Foundation.

“Saifuddin pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Temerloh dari tahun 2008 and 2013,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, Saifuddin sesuai untuk mengetuai dan memajukan agenda kesederhanaan yayasan tersebut kerana rekod beliau yang mempunyai pandangan progresif dalam politik dan kelantangan bersuara untuk perubahan.

Kata kenyataan itu, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu juga mempunyai rekod perkhidmatan yang panjang kepada masyarakat sivil dan membela pembaharuan demokratik serta memperkasakan belia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar